Siri televisyen KAMI

Rencana utama: KAMI - The Series

Siri TV KAMI menceritakan kisah peribadi lima orang sahabat muda — Lyn, Ali, Sofie, Abu dan Adii — dalam menghadapi liku-liku kehidupan mereka. Sementara menangani konflik dalaman masing-masing, mereka menyedari bahawa mereka berlima berkongsi jalan untuk mengenali diri dan oleh sebab usia dewas kian dekat, mereka berlima bersyukur kerana menjalin persahabatan mereka yang diiringi muzik yang mendefinasikan saat-saat paling mengelirukan dalam hidup mereka, iaitu usia remaja. Siri ini ditayangkan di saluran 8TV mulai 5 September 2007.